IKUT BLOG SAYA

Sabtu, 28 April 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

PERSEDIAAN MENGAJAR

            Sebelum memulakan sebarang pengajaran, setiap guru harus merancang pengajaran harian mereka tidak terkecuali saya sendiri. Sebelum saya memulakan pengajaran, saya telah menyediakan satu rancangan pengajaran bagi Tahun 5. Saya perlu mentafsir sukatan pelajaran sesuatu tahun sebelum memulakan penyediaan rancangan mengajar. Perkara yang perlu dimasukkan dalam pengajaran juga penting bagi memastikan pengajaran saya pada hari tersebut berjalan lancar. Antaranya, aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid, strategi,kaedah, pendekatan dan teknik yang perlu digunakan, bahan bantu mengajar yang sesuai dengan aktiviti dan penentuan objektif pengajaran dan pembelajaran.
SET INDUKSI

            Set induksi merupakan aktiviti yang dilakukan oleh guru pada awal pengajaran untuk menyediakan murid kepada pelajaran yang seterusnya. Jangka masa yang diambil tidak lah lama, sekitar 5 minit. Namun demikian, ia memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru. Set induksi yang dilakukan selalunya berkaitan dengan topik yang ingin di ajar oleh seseorang guru pada hari itu. Set induksi boleh dibuat dalam bentuk cerita, teka teki, puzzle dan sebarang cara yang mengambil masa yang pendek.

            Set induksi bagi pengajaran saya ialah dengan menggunakan teknik soal jawab dengan murid. Selain itu, saya turut menggunakan bahan bantu mengajar seperti kertas maajung yang telas siap ditulis serangkap pantun empat kerat. Kertas maajung tersebut digulung sebelum dipaparkan kepada murid, dan murid diminta membuat hubung kait soalan saya mengenai acara minggu lepas dengan kertas yang saya pegang. Setelah murid menjawab soalan, barulah saya meneruskan ke langkah pengajaran seterusnya.

            Kelihatan murid teruja untuk mengetahui apa yang tertulis didalam gulungan ajaib. Jawapan yang diberikan juga tepat tentang topik pengajaran hari itu. Semangat yang ada semasa set induksi seharusnya berkekalan sehingga tamat sesi pengajaran. Suara yang lantang dan jelas sebutannya membantu murid untuk mengekalkan perhatian untuk meneruskan sesi P&P.


LANGKAH PENGAJARAN

            Aktiviti pertama yang dilaksanakan bersama murid ialah apabila murid melihat serangkap pantun empat kerat pada gulungan ajaib, murid diminta membacakan pantun tersebut dengan intonasi yang betul. Setelah itu, saya bersoal jawab mengenai beberapa jenis rangkap pantun.

            Setelah itu, saya meminta murid menyatakan maksud pantun tersebut. Strategi yang berlangsung pada ketika itu ialah berpusatkan bahan dan murid. Saya melibatkan murid bagi mengelakkan mereka hilang tumpuan di separuh waktu pengajaran berlangsung. Interaksi dengan murid saya tidak membelakangkan murid ketika menulis di papan putih dan bercakap. Saya memastikan apa yang hendak ditulis, ditulis dahulu barulah bercakap menghadap murid.

            Kelemahan apabila menggunakan bahan maujud yang di tampal dan memerlukan saya menulis adalah saya tidak menggunakan ruang kelas sepenuhnya. Penambahbaikan yang boleh saya lakukan ialah saya boleh meminta murid itu sendiri kehadapan dan menulis ciri-ciri pantun di papan putih. Penambahbaikan yang kedua ialah, saya seharusnya memperbanyakkan contoh pantun agar murid dapat memahami dengan lebih jelas lagi. Selain itu, saya juga boleh menggunakan ICT dengan membina slaid untuk menambah tarikan kepada murid untuk terus mengikuti pengajaran saya.

            Saya menguji kefahaman murid dengan melaksanakan aktiviti menyusun baris pantun membentuk serangkap pantun yang sempurna. Saya meminta murid membuat secara berpasangan dan pantun yang diberikan adalah berbeza mengikut kumpulan. Semasa murid membetulkan pantul, saya telah menerapkan kaedah berpasangan dan strategi berpusatkan aktiviti. Pengajaran tersebut dinamakan pengajaran secara konstruktivisma. Setelah itu, saya meminta beberapa kumpulan yang telah siap ke hadapan dan membacakan pantun yang telah dibaiki. Sekiranya saya menggunakan kemudahan ICT, kumpulan yang tidak mendapat soalan tersebut akan dapat melihat dengan lebih jelas pada layar. Kumpulan tersebut juga boleh membetulkan ataupun meletakkan nombor pada baris pantun mengikut susunan yang betul pada slaid dan dilihat oleh rakan-rakan mereka yang lain.

            Pada aktiviti pengukuhan, saya turun memberikan murid kertas edaran untuk mereka laksanakan. Masih topik yang sama, saya meminta mereka menyusun dan menulis semula baris-baris pantun membentuk satu rangkap pantun yang betul. Semasa murid melakukan aktiviti, saya mengambil kesempatan menggunakan ruang dengan memantau keseluruhan kelas bagi memastikan tiada yang mencuri peluang dengan melakukan aktiviti selain daripada yang diarahkan. Namun begitu, pengajaran ini menyebabkan kelas sunyi dan saya tidak terlibats secara langsung ketika murid membuat kerja. Seharusnya, saya memikirkan cara yang sesuai agar kewujudan saya tidak diabaikan walaupun murid melakukan aktiviti. Semasa aktiviti berlangsung, saya boleh membantu mereka sekiranya masih ada yang tidak memahami konsep yang telah diajar. Saya juga boleh melibatkan diri bersama murid melakukan aktiviti yang sama bagi mengelakkan kelas sunyi.

PENUTUP    

            Saya menyudahkan pengajaran pada hari itu dengan membuat rumusan terhadap kefahaman murid. Aktiviti yang diberi akan disemak pada pengajaran seterusnya.

KESIMPULAN

            Keseluruhan pengajaran saya pada hari itu, murid memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang dipelajari dan penglibatan murid semasa menjalankan aktiviti amat memuaskan. Beberapa penambahbaikan untuk pengajaran saya telah dapat dikesan dan akan diperbaiki lagi menjadi pengajaran yang lebih sempurna pada masa hadapan. Selain itu, saya juga boleh menggunakan kemudahan yang disediakan iaitu menggunakan kemudahan ICT untuk menarik minat murid kepada pengajaran yang akan dipelajari oleh mereka.
















Jumaat, 6 April 2012

DISLEKSIA


“JOHOR BAHRU: Kira-kira 50 peratus daripada lebih 90,000 kanak-kanak negara ini yang menghidapi masalah pembelajaran sejak usia lima hingga enam tahun berpunca daripada masalah Disleksia. Perangkaan diterima Persatuan Disleksia Malaysia daripada Kementerian Pelajaran mendapati nisbah menunjukkan lima daripada 100 orang kanak-kanak berpotensi mengalami keadaan itu dan ia amat membimbangkan Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin, berkata pihaknya kini dalam usaha merancang bersama kementerian bagi mewujudkan satu program khusus untuk kanak-kanak yang menghidap Disleksia supaya ditempatkan dalam kelas khas dan diajar guru khas.  Katanya, kebanyakan sekolah tidak dapat mengesan penghidap Disleksia selagi kanak-kanak itu belum menjalani pemeriksaan..”...Pendidikmy.net..

PUNCA

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

CARA MENGATASI

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.






Sabtu, 17 Mac 2012

PENGHARGAAN



Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana saya telah menyiapkan pembinaan blog mengikut tugasan yang diberikan oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pembinaan ini adalah yang pertama kali dalam sejarah hidup saya sepanjang pembelajaran berkaitan dengan dunia sains dan teknologi ini. Banyak yang dapat saya pelajari daripada pembinaan ini di mana saya dapat menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan dan informasi-informasi berkaitan dengan pendidikan terutama sekali pendidikan seharian di sekolah. Saya Sebagai seorang guru Sekolah Kebangsaan Kor, Mulong, Kota Bharu, Kelantan berasa amat bertuah kerana mendapat pertolongan daripada anak-anak saya yang lebih maju dala pembinaan blog dan yang berkaitan dengan internet.
Subjek KRT 3013 atau Teknologi Maklumat untuk Sekolah Rendah, telah memberikan saya pendedahan baru seperti cara untuk membina blog dan yang berkaitan dengan internet seperi bergiat aktif dan bijak menguruskan masa bekerja dengan alat-alat kemajuan seperti internet dan komputer.
Akhir sekali saya mengucapkan ribuan penghargaan kepada kawan-kawan dan pensyarah saya yang telah banyak membantu memberikan sumber atau rujukan dan informasi yang penting dalam melakukan sebaran tugasan atau kerja.
Sekian, Terima Kasih.