IKUT BLOG SAYA

Rabu, 14 November 2012

SEMANTIK >> DEFINISI

Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek “semantikos” yang membawa maksud “erti yang penting”. Menurut Abdullah Hassan (1992:1), sematik ialah istilah yang merukjuk kepada kajian makna. Oleh sebab itu, makna adalah sebahagian daripada bahasa, maka sematik juga adalah sebahagian daripada linguistik. Ullman (1972) pula menyatakan bahawa apabila seseorang memikirkan maksud sesuatu perkataan, sekaligus memikirkan rujukannya atau sebaliknya. Hubungan dua hala antara maksud dengan perkataan itulah yang menyebabkan lahirnya makna, oleh yang demikian walaupun rujukan tetap, namun makna dan perkataan dapat dibezakan.

Semantik merupakan suatu bidang linguistik yang mengkaji perihal makna atau analisis makna secara sinkronis dalam bahasa. Sesetengah ahli bahasa berpendapat bahawa bidang semantik merupakan antara bidang linguistik yang paling sukar dipelajari dan dikuasai. Hal ini sedemikian adalah disebabkan bidang semantik merupakan suatu bidang kajian linguistik yang amat kompleks dan luas dari segi ruang lingkup unit pengkajiannya. Dalam bidang semantik, konsep ‘makna’ boleh diklasifikasikan lagi kepada beberapa kategori topik kajian yang berbeza-beza. Misalnya, ‘makna logik’ merupakan salah satu unit kajian yang terdapat dalam bidang semantik.

Teori kajian semantik mempunyai empat cabang kesemuanya. Antaranya ialah Teori Behaviorisme, Teori Analisis Komponen, Teori Imej dan Teori Logik Simbolik. Teori-teori ini digunakan dalam mengkaji makna atau subskategori yang lain dalam kajian tersebut. Dalam  menganalisis komponen makna, berdasarkan Teori Analisis Komponen, kita perlu mengetahui konsep dan makna sebenar analisis komponen.