IKUT BLOG SAYA

Khamis, 13 Disember 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4


Tarikh/ Hari                              : 9 Oktober 2012               
Masa                                         : 10.45 pagi – 11.45 pagi ( 1 jam )                                              
Kelas                                         : 4 Bestari                                   
Bil. Pelajar                                : 33 orang pelajar                                                                 
Mata Pelajaran                          : Bahasa Melayu Pemahaman                                                                           
Tajuk                                        : Wawasan Kita          

Objektif                                     : Membaca lancar bahan sastera dengan gaya   
  penyampaian yang menarik dan menjawab soalan
  pemahaman berdasarkan teks yang dibaca

Pengetahuan Sedia Ada               : Murid sudah dapat mengenal bentuk-bentuk puisi 
                                                    seperti sajak, syair dan pantun
Bahan                                         : Buku Teks, Radio, Kaset, Lembaran Kerja
Nilai                                           : Bekerjasama, Bertolak Ansur, Berani ,Mendengar
    Arahan Guru
Kemahiran                                   : Kecerdasan Pelbagai - Verbal Linguistik


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
Puisi :
Ø  Pantun Nasihat
Ø  Sajak Sekolah Ku
Ø  Syair Guru
Guru memilih tiga orang murid untuk membacakan tiga jenis puisi yang berbeza di hadapan kelas
Murid membacakan puisi yang diberikan dengan intonasi yang sesuai
Jenis puisi
Ø  Pantun
Ø  Sajak
Ø  Syair
Perkembangan
Langkah 1









Puisi sajak

1.      Guru meminta murid untuk duduk dalam 4 kumpulan berlapan
2.      Guru meminta murid murid lain menjelaskan jenis puisi yang dibaca
3.      Guru menjelaskan ciri-ciri sajak dan cara-cara mendeklamasi sajak

1.    Murid membuat 4 kumpulan berlapan
2.    Beberapa orang murid menjelaskan jenis puisi yang telah dibaca oleh rakan mereka
3.    Murid mendengar dan mencatat penerangan guru di dalam buku latihan

Kumpulan murid
K1 : Mendeklamasikan sajak
K2 : Menggayakan isi sajak
K3 : Melakarkan isi sajak
K4 : Melagukan sajak

Langkah 2


Puisi sajak


1.      Guru memperdengarkan rakaman mendeklamasikan sajak
2.      Guru meminta murid mendeklamasikan sajak dalam buu teks secara individu, kumpulan dan kelas

1.      Murid mendengar cara deklamasi sajak dari radio kaset
2.    Mengikut kumpulan yang ditetapkan, murid melaksanakan aktiviti yang telah diarahkan oleh guru


Langkah 3

Puisi sajak :
Lembaran kerja

1.      Guru meminta murid mencari maksud perkataan dan menjawab soalan dalam lembaran kerja secara berkumpulan
2.      Guru memberi mimbingan kepada murid untuk mendapatkan jawapan yang betul semasa pembentangan

1.      Murid diminta mencari maksud perkataan dan menjawab soalan kefahaman pada lembaran kerja yang telah diedarkan dalam kumpulan
2.      Murid membuat pembentangan

Penutup
Sesi bersoal jawab
1.      Apa yang telah kamu pelajari hari ini ?
2.      Bagaimanakah cara untuk kita mengenal jenis puisi?
3.      Apakah nilai yang dapat kamu peroleh semasa aktiviti berkumpulan ?
Guru menyoal murid beberapa soalan mengenai dan sekaligus membuat rumusan mengenai pembelajaran hari itu
Murid menjawab soalan yang di tanya oleh guru


Refleksi : Sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, 31 daripada 33orang murid memahami dan menjawab soalan dengan baik. Keseluruhannya, semua murid seronok mengikuti aktiviti pembelajaran.

LIRIK LAGU ‘BAHASA JIWA BANGSA’


SAMBUTAN  BULAN  BAHASA KEBANGSAAN 2012
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KOR, 16010 KOTA BHARU, KELANTAN.

Lirik Lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa



IKRAR 'SETIA BAHASA'


SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2012 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KOR, 16010 KOTA BHARU, KELANTAN.
IKRAR SETIA BAHASA

Kami rakyat Malaysia, berikrar akan terus setia memperjuangkan bahasa Kebangsaan sebagai:
Bahasa yang mencipta kedaulatan bangsa.
Bahasa kesatuan politik, ekonomi, budaya, sosial, pendidikan, sains dan teknologi serta pembangunan negara yang menjamin kelangsungan bangsa Malaysia.
Bahasa yang menjaga dan memupuk kebebasan intelektual serta memerdekakan pemikiran bangsa, dan
Bahasa yang membawa, memelihara, mencipta, menyalurkan serta mengembangkan ilmu dan tamadun di negara dan di dunia.
Sesungguhnya, kami bertekad akan meneruskan perjuangan ini.

Rabu, 14 November 2012

SEMANTIK >> DEFINISI

Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek “semantikos” yang membawa maksud “erti yang penting”. Menurut Abdullah Hassan (1992:1), sematik ialah istilah yang merukjuk kepada kajian makna. Oleh sebab itu, makna adalah sebahagian daripada bahasa, maka sematik juga adalah sebahagian daripada linguistik. Ullman (1972) pula menyatakan bahawa apabila seseorang memikirkan maksud sesuatu perkataan, sekaligus memikirkan rujukannya atau sebaliknya. Hubungan dua hala antara maksud dengan perkataan itulah yang menyebabkan lahirnya makna, oleh yang demikian walaupun rujukan tetap, namun makna dan perkataan dapat dibezakan.

Semantik merupakan suatu bidang linguistik yang mengkaji perihal makna atau analisis makna secara sinkronis dalam bahasa. Sesetengah ahli bahasa berpendapat bahawa bidang semantik merupakan antara bidang linguistik yang paling sukar dipelajari dan dikuasai. Hal ini sedemikian adalah disebabkan bidang semantik merupakan suatu bidang kajian linguistik yang amat kompleks dan luas dari segi ruang lingkup unit pengkajiannya. Dalam bidang semantik, konsep ‘makna’ boleh diklasifikasikan lagi kepada beberapa kategori topik kajian yang berbeza-beza. Misalnya, ‘makna logik’ merupakan salah satu unit kajian yang terdapat dalam bidang semantik.

Teori kajian semantik mempunyai empat cabang kesemuanya. Antaranya ialah Teori Behaviorisme, Teori Analisis Komponen, Teori Imej dan Teori Logik Simbolik. Teori-teori ini digunakan dalam mengkaji makna atau subskategori yang lain dalam kajian tersebut. Dalam  menganalisis komponen makna, berdasarkan Teori Analisis Komponen, kita perlu mengetahui konsep dan makna sebenar analisis komponen.

Khamis, 3 Mei 2012

VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 5



Alhamdulillah segala persiapan dan muatnaik video pengajaran ke Youtube (Pengajaran Makro Wan Maimunsudah selesai. Pengajaran dan Pembelajaran amat penting dalam setiap perkembangan murid-murid dan ia memainkan peranan yang besar di sekolah dan di mana-mana sahaja, Video ini adalah hasil buatan saya sendiri. Dengan bantuan semua, dapatlah kita lihat contoh pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kor, Kota Bharu, Kelantan.

Sabtu, 28 April 2012

LENGKAPKAN PANTUN EMPAT KERAT

Bahasa Melayu ( Pantun )
Nama  : .....................................................   Kelas ................  Tarikh  : .....................

Susun baris ayat yang berikut supaya menjadi bentuk pantun yang sebenar. Tulis pantun tersebut di ruangan yang disediakan.

Sungguh cantik Pulau Angsa            Sungguh cantik Pulau Angsa,
Jangan sekali berbuat jahat               Di dalam hati telah terpahat;
Di dalam hati telah terpahat               ...................................................................
Buat baik setiap masa                        ...................................................................

Banyak sungguh buah tembikai        ....................................................................
Dimasuk orang di dalam baldi           ....................................................................
Asal hidup pandai berbudi                ....................................................................
Biar buruk kain di pakai                     ...................................................................

Terang warna menyenangkan hati    ....................................................................
Yang muda kita sayangi                    ....................................................................
Yang tua kita hormati                         ...................................................................
Indah sungguh warna pelangi            ...................................................................

Dari muda sampai ke tua                   ...................................................................
Kalau berkawat berdua-dua              ...................................................................
Masa berbaris usahlah rebah           ....................................................................
Budaya yang baik jangan diubah           ...................................................................

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5


Tarikh / Hari                         : 19 April 2012 ( Khamis )
Masa                                     : 10 45 – 11. 45 pagi
Kelas                                     : 5  Bestari
Bilangan Murid                       : 36 orang
Topik                                    : Kebudayaan Malaysia
Sub Topik ( II )                       : Mencipta Pantun
Kemahiran                             :10.1 Aras 3(i)
         Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan  
         kemas  dan menggunakan bahasa yang tepat , indah
         dan menarik
Objektif                                 : Murid dapat menyusun bait-bait  pantun dengan  betul
         susunannya.           
Pengetahuan Sedai Ada          : Murid sudah mengetahui jenis-jenis puisi  pada                                                                  pembelajaran lepas
Konsep                                   : Mencipta pantun
Bahan                                    : Kertas majung, papan putih,  Kad Keratan Pantun,
         Lembaran Kerja
Nilai                                       : Yakin kepada diri sendiri, menghargai warisan  puisi    
                                                tradisional  dan menghargai kebudayaan rakyat
          Malaysia.
Kemahiran                             : Kemahiran Belajar, Kemahiran Berfikir, Kemahiran                             
                                               Berbahasa

LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P&P
CATATAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
SET INDUKSI
(  5  minit )
Gulungan
Ajaib

1.Guru bertanya
   khabar kepada
   murid
  -kehadiran

      1.       meneka gulungan  ajaib

3.Guru  membuka gulungan ajaib –pantun empat kerat
1. murid menjawab pertanyaan guru


2. murid meneka dengan penuh teruja
Bahan :
§  Gulungan kertas maajung- gulungan ajaib

Teknik :
§  Soal jawab




PERKEMBANGAN

LANGKAH 1
( 10   minit )
 Petikan pantun empat kerat
1. Guru mengarahkan murid membaca pantun dengan nada, gaya dan intonasi yang sesuai


1.    Murid membaca rangkap pantun yang diberi
2.    Murid menyatakan maksud pantun yang diberi

Bahan :
§  Kertas majong

Kaedah :
§  Individu  dan kelas



LANGKAH 2
(  15   minit )
Teks pantun

Ciri-ciri pantun empat kerat
-          Terdiri daripada empat baris(2 baris pembayang dan 2 baris maksud)
-          Mempunyai jeda
-          Rima akhir a,b,a,b atau a,a,a,a
-          Mempunyai  antara 8 hingga 12 sukukata setiap baris
-           
1.    Guru menyoal dan menerang ciri-ciri pantun empat kerat
2.    Guru mencatat ciri-ciri pantun di papan putih
1.    Murid menyatakan ciri-ciri pantun empat kerat



2, Murid menyebut semula  ciri-ciri pantun yang disenaaraikan sebagai pengukuhan

Bahan :
Kertas majong dan papan putih
LANGKAH 3
(   15  minit )
Latihan / Aktiviti berdua

1.    Secara berdua, guru menyuruh murid meyusun  baris pantun yang diberi menjadi rangkap pantun yang betu l.

2.    Mengarahkan murid ke depan untuk membaca pantun mereka

3.    Berdasarkan ciri-ciri pantun yang dibincangkan murid secara berdua menyusun baris-baris pantun dengan betul



2.    Murid membaca pantun yang disusun di hadapan kelas
3.    Murid menjawab
soalan dengan menyusun baris-baris menjadi rangkap pantun.

1.    Kad pantun (aktiviti berdua)

LANGKAH 4
     (   10  minit )
Latihan Pengukuhan :

1.    Murid diberi kertas edaran agar menyusun baris menepati ciri-ciri pantun



1.    Murid menyiapkan latihan yang diberi dengan menyusun semula baris-baris menjadi  rangkap pantun yang lengkap.

Kertas edaran (tugasan individu)
PENUTUP
(   5   minit )
Rumusan

1.    Guru menyoal murid dengan beberapa soalan yang berkaitan  pengajaran hari itu
2.    Guru memberi latihan pengukuhan di rumah supaya mencipta serangkap pantun budi.
1.    Murid menjawab soalan yang dikemukakan





2.    Murid bersedia dengan tugasan baru.
















Rujuk buku teks Bahasa Melayu

Refleksi : Sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kesemua 36 orang murid menunjukkan rasa seronok,  memahami dan menjawab soalan dengan baik. Hasilnya kesemua  murid dapat membina  rangkap pantun dengan betul susunannya .